Hari ini semua guru menjalankan aktiviti 'laosheng'. Aktiviti ini penting kepada orang cina terutamanya saudagar Kantonis kerana mereka percaya dengan berbuat demikian perniagaan mereka akan berkembang maju dan mendapat untung besar.
Biasanya hidangan 'laosheng' mengandungi sayur-sayur dipotong panjang dan halus, dicampur dengan kerepek-kerepek yang berwarna-warni diletak dalam sebuah pinggan yang besar. Beberpa kepingan nipis daging ikan ditabur di atas, kemudian kuah rempah madu dituang di atas. Orang-orang yang mengambil bahagian dalam 'laosheng' akan berdiri mengelilingi meja dengan memegang sepasang penyepit (chopstick). Selepas mendapat arahan bermula, penyepit semua orang akan mencampur-gaulkan sayur-sayur dan kerepek-kerepek berwarna-warni (Yusheng) di dalam pinggan besar sambil melayang tinggi bahan-bahan campuran itu. Sambil mencampur-gaul 'Yusheng' itu, semua orang di situ mesti mengeluarkan kata-kata yang baik.